SELANGOR FC
BERITA

Previu Perlawanan MFLCC F2 | PDRM FC vs Selangor FC | Terus Fokus Untuk Dapatkan Kemenangan

Feb 22, 2025 - FAS

Penentuan Juara MFL Challenge Cup 2024/25 akan terjawab dalam perlawanan Akhir 2 di antara Selangor FC dan PDRM FC di Stadium MBPJ, Kelana Jaya jam 9 malam ini.

Selangor FC mendahului keputusan dengan tiga gol di hadapan PDRM FC dalam perlawanan Akhir 1. Baca lebih lanjut reviu perlawanan di sini. https://selangorfc.com/ms/news/3570/Match%20Review%20MFLCC%20F1%20%7C%20Selangor%20FC%203-2%20PDRM%20FC%20%7C%2090%20Minutes%20Remain%20For%20Final%202

Ketua Jurulatih Selangor FC, Katsuhito Kinoshi, menyatakan bahawa sasaran utama pada malam ini adalah untuk dapatkan kemenangan.

“Dalam perlawanan Akhir 1 kita beraksi dengan hanya 10 pemain, jadi dalam aksi penentuan ini saya berharap pasukan dapat beraksi dengan cukup 11 pemain. Apa pun terjadi, sasaran utama adalah  dapatkan kemenangan untuk kelab dan para penyokong,”

“Tiada perubahan besar yang akan berlaku. Kita akan terus fokus untuk beraksi dengan corak permainan yang kita mahukan dan tunjukkan semangat tidak mudah mengalah untuk dapatkan kemenangan dalam perlawanan malam ini,” jelas Kinoshi dalam sidang media perlawanan Akhir 2 MFL Challenge Cup 2024/25.

Bagi keberadaan pemain, hanya Noor Al-Rawabdeh telah melepasi bulan kedua pemulihan selepas mengalami kecederaan Ligamen Krusiat Anterior (ACL). Para pemain Gergasi Merah bersedia untuk bersama-sama berjuang pada malam ini. 

Selangor FC sentiasa berada di belakang pasukan dan mendoakan kejayaan pasukan untuk perlawanan Akhir 2 MFL Challenge Cup pada malam ini. Ayuh, Gergasi Merah!

Demi Kebanggaan!